5 Tip Pengurusan Makanan Berbungkus
Apakah yang anda perlu tahu semasa mengurus makanan berbungkus?
Peniaga harus bijak memilih jenis menu dan bahan makanan yang betul untuk operasi makanan berbungkus. Bukan sahaja bahan makanan yang perlu dipilih dengan teliti, kebersihan makanan juga harus dipentingkan.
1) Pemilihan Menu dan Bahan Makanan Yang Baik
Bagi memastikan makan akan terus kelihatan segar, pemilihan menu yang mampu bertahan selama maksima 4jam harus dititikberatkan. Gunakan sayuran yang keras seperti lobak merah, kobis bunga, lada benggala, kekacang, labu, broccoli dan sebagainya. Elakkan menggunakan sayuran hijau berdaun kerana selepas masak ianya akan kelihatan lebam untuk selepas tempoh waktu yang lama.
Makanan yang berkuah pula perlulah dimasak dengan betul dan perlu diasingan bungkusan untuk mengelakkan menjadi lembab.
2) Memastikan Tiada Lebihan Makanan Yang Akan Menyebabkan Pembaziran Yang Banyak
Peniaga harus bijak dalam mengawal kos hidangan makanan agar tidak terjurus ke arah pembaziran yang boleh merugikan diri sendiri. Apa yang boleh disarankan, peniaga boleh mengambil hidangan melalui pra tempah sehari sebelum urusan penghantaran dilakukan. Ini dapat mengawal jumlah kos penghasilan makanan agar tidak ada yang membazir.
3) Sentiasa Memastikan Kebersihan Ketika Mengendalikan Makanan
Peniaga perlu memastikan kesihatan tubuh badan yang baik semasa mengendalikan makanan dengan mengambil suntikan typhoid dan mematuhi amalan kebersihan semasa mengendalikan makanan agar tiada pembeli yang mengalami keracunan makanan.
4) Menggunakan Bahan Pembungkusan Yang Sesuai, Selamat Dan Mesra Alam Sekitar
Selain dari teknik masakan yang betul, cara pembungkusan makanan juga perlu diambil kira agar makanan yang dijual kekal tampak segar seolah baru dimasak dengan cara mengasingkan pembukusan makanan yang berkuah dan bahan makanan yang kering. Jika ini dicampurkan sekali makanan akan menjadi kusam dan lembab. Manakala makanan yang panas jangan dibungkus ketika panas kerana ini juga boleh menyebabkan ianya cepat lembab dan cepat basi. Peniaga harus memberi edukasi kepada pembeli dengan cara perlu memanaskan makan dirumah sebelum menikmatinya.
Juga jangan dilupakan untuk menggunakan bahan pembungkusan yang bergred makanan yang mesra alam dan boleh dikitar semula.
5) Mempunyai Strategi Rangkaian Secara Meluas Dalam Memasarkan Produk dan Urusan Penghantaran Yang Efisien
Peniaga juga perlu memastikan mempunyai strategi rangkaian online yang meluas melalui saluran yang betul seperti memasarkan produk di Facebook, Instagram, Whatsapp, WeChat dan sebagainya agar pembeli mengetahui produk anda disamping mempunya iklan bergambar yang menarik yang boleh memikat pembeli disamping harga yang berpatutan.
Peniaga juga perlu mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak penghantaran makanan yang efisyen utnuk menghantar pesanan yang telah dikirim dengan mengetahui berapa kos jarak jauh penghantaran dan jadual urusan masa untuk menghantar tepat pada waktunya.
Kembali kepada TRADISI RAMADAN
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian