5 Bahan Biasa yang Harus Dielakkan Pada Musim Monsun
Kurangkan atau elakkan beberapa makanan yang boleh memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan para pelanggan.
Musim monsun adalah fenomena biasa di Malaysia di mana hujan turun dengan kerap dan alam sekitar menjadi lembap. Tahukah anda terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dielakkan sepanjang tempoh ini?
Makanan laut
Ini merupakan musim pembiakan bagi ikan dan udang, tetapi anda dinasihatkan agar tidak menggunakan makanan laut pada masa ini kerana peratusan telur yang terkandung di dalamnya. Mengambil makanan laut dengan telurnya boleh menyebabkan jangkitan pada perut dan keracunan makanan, jadi adalah lebih baik untuk mengelakkannya agar selamat. Anda boleh menghidangkan daging dan sumber daging ternakan lain.
Sayuran berdaun
Fakta ini mungkin mengejutkan ramai, tetapi terdapat penjelasan yang jelas di sebaliknya. Tahap kelembapan yang meningkat di dalam udara ketika musim monsun beralih dengan mudah kepada kotoran pada hasil tanaman, secara langsung memupuk persekitaran kondusif untuk pertumbuhan mikroorganisma dan bakteria. Jadi, pilihlah sayuran yang mempunyai kulit yang tebal di luarnya seperti sayuran berlabu, timun dan labu.
Makanan bergoreng
Musim monsun juga mempunyai kesan buruk pada perut, menyebabkan proses penghadaman menjadi perlahan disebabkan tahap sensitivi limpa pada kelembapan yang berlebihan. Ambillah langkah berjaga-jaga dengan tidak memanaskan minyak masak yang telah digunakan dan pastikan suhu optimum menggoreng pada 200 darjah Celcius.
Makanan yang dijual
Sebagai panduan asas, elakkan makanan terdedah lama di udara – musim monsun sentiasa mengandungi kemasukan bakteria bawaan udara yang mudah terjangkit pada makanan yang terdedah. Cara mudah adalah dengan menutupi makanan dengan helaian plastik, atau meletakkan makanan di dalam bekas plastik lutsinar agar makanan terpelihara dan dalam masa yang sama pelanggan boleh melihat makanan tersebut.
Produk tenusu
Anda mungkin mahu berfikir secara mendalam atau mungkin mahu mengurangkan penggunaannya ketika musim monsun ini – cuaca basah memendekkan jangka hayat tarikh simpanan makanan. Produk tenusu mudah rosak dalam jangka masa yang pendek memandangkan ianya lebih mudah menarik mikroorganisma dan bakteria. Untuk menggantikan sumber kalsium ini anda boleh menggunakan tofu.
Kembali kepada Keselamatan Makanan
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian