6 Peraturan FATTOM
Fahami kelakuan bakteria dan bagaimana memaksimakan tempoh hayat produk anda dengan 6 peraturan asas ini.
Makanan
- Makanan yang kaya dengan protein dan karbohidrat lebih mudah tercemar
- Telur, nasi, ikan, daging, roti, mi
Asid
- Bila protein – dan makanan yang kaya dengan karbohidrat terdedah kepada jangkitan, komponennya akan bertukar menjadi berasid, yang akan menjadikan ianya tidak boleh dimakan
Suhu
- Bakteria akan hidup aktif di dalam suhu antara 56.7ºC dan 5ºC, yang menyebabkan makanan rosak, ini adalah rangkaian yang dikenali sebagai Zon Merbahaya Suhu Makanan (ZMSM)
Masa
- Makanan yang tergolong di dalam ZMSM hanya boleh disimpan selama 4 jam
Oksigen
- Mikroorganisma memerlukan oksigen untuk berkembang biak, oleh kerana itu ZMSM hendaklah disimpan di dalam bekas yang kedap udara
Lembapan
- Bakteria dengan mudah membiak di dalam suasana yang mempunyai kelembapan yang tinggi, oleh kerana itu, makanan mentah dan yang telah dimasak hendaklah disimpan di tempat yang kering
Tiga faktor utama yang menggalakkan pencemaran makanan:
Masa dan Suhu
- Simpan makanan yang telah dimasak di dalam peti ais.
- Pastikan simpanan adalah kering dengan suhu antara 10ºC hingga 21ºC.
- Pastikan makanan betul-betul masak untuk membunuh mikroorganisma pada tahap yang sesuai.
- Bila memasak sedikit demi sedikit, pastikan anda berhati-hati dengan makanan tersebut.Masak makanan dengan suhu yang sesuai dengan kepanasan melebihi 63ºC.
Pencemaran Silang
- Pakej dan tag bahan adalah mengikut tarikh diterima, dikeluarkan, luput dan kuantiti.
- Praktikkan peraturan “gunakan stok lama dahulu” (GSLD) untuk pusingan stok.
- Elakkan bahan toksin dan beracun di dalam bahagian simpanan makanan.
- Pastikan makanan disimpan di dalam kotak atau platform yang ditinggikan daripada paras lantai.
- Elakkan mengguna perkakasan dan peralatan memasak yang sama untuk makanan yang berbeza.
- Gunakan penutup makanan untuk mengelakkan jangkitan daripada persekitaran.
Kebersihan diri
- Basuh tangan anda selepas mengendalikan bahan mentah dan selepas ke tandas.
- Pakai topi atau penutup rambut.
- Tutup semua luka.
- Pastikan kuku pendek dan bersih.
- Pakai apron.
- Pakai topeng muka ketika tidak sihat.
Kembali kepada Keselamatan Makanan
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian
Akaun UFS Sedia Ada?
Log Masuk