Menu Siang dan Malam
Belajar untuk memaksimumkan sumber dalam menawarkan kepelbagaian pada menu anda.
Kepelbagaian adalah kunci untuk menarik pelanggan agar sentiasa berminat, dan dalam masa yang sama menjadi tumpuan jualan untuk restoran anda. Kebanyakan penjual makanan mengadakan sistem dua set menu – satu untuk siang dan satu lagi untuk malam. Dengan pemikiran bijak dan menggunakan dasar logik, anda boleh mengurangkan kos penyediaan yang membolehkan pengaturan yang lebih fleksibel bagi menu anda.
Kaji semula menu anda dan pilih beberapa hidangan yang boleh dihidangkan dari siang ke malam. Sebagai contoh, makanan yang sudah dipek dan siap dimasak (nasi lemak, mee siam) dan snek (karipap, kuih-muih) kurang dipesan pada waktu malam memandangkan ini adalah sajian untuk sarapan pagi. Makanan barbeku atau makanan bakar seperti ikan bakar mendapat sambutan yang baik pada waktu malam, tetapi tidak begitu disukai pada siang hari kerana cuaca yang panas tidak menggalakkan pelanggan untuk menikmati makanan yang bersifat panas.
Manakala, sajian barat dilihat popular sepanjang hari, siang mahupun malam. Oleh itu sajian barat dicadang agar dikekalkan di dalam menu sepanjang hari. Selain daripada itu, masakan panas seperti mi goreng dan nasi goreng juga merupakan pilihan fleksibel untuk dimasukkan ke dalam kategori ini. Nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pula sentiasa menjadi pilihan siang dan malam.
Kembali kepada Perniagaan Makanan 101
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian