Cara Menghasilkan Pembungkusan Makanan yang Berkesan Bagi Acara Berlainan
Ketahui cara pembungkusan makanan yang berinovasi bagi acara yang berlainan demi memenuhi keperluan pelanggan.
Pembungkusan makanan mungkin bukannya keperluan yang besar bagi pengusaha makanan, tetapi tiada siapa yang boleh meragui kepentingan memastikan pembungkusan yang berkesan dan sesuai untuk pelbagai jenis acara. Bukan sahaja ia bermanfaat untuk perniagaan anda dan mesra pelanggan, ia juga membuka lebih banyak peluang untuk perkhidmatan katering atau memberikan pengalaman yang positif kepada pelanggan anda.
Usahawan makanan selalunya hanya boleh melanjutkan waktu operasi mereka dan membuka gerai apabila ada acara istimewa seperti acara sukan atau konsert.
Ingatlah bahawa dalam acara seperti ini, pelanggan sering mengutamakan keselesaan dan kesenangan sewaktu makan – ini menjadi elemen utama yang perlu dipertimbangkan sewaktu mereka membeli makanan.
Minimumkan pembungkusan makanan anda…atau keluarkannya
Dalam hal ini, anda bukan sahaja perlu mempertimbangkan faktor masa, malah kemudahan untuk membuang sampah setelah mereka menghabiskan makanan mereka.
Atas pertimbangan ini, pilihan terbaik adalah meminimumkan pembungkusan anda atau keluarkannya terus – snek ringan seperti sandwic dan roti sosej boleh dibalut dengan tisu atau kertas yang ringkas dan ini boleh mengurangkan bahan buangan.
Tambahan pula, makanan pejal seperti mi goreng dan nasi goreng patut dibungkus dalam bekas yang boleh diketatkan. Ini memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk menyimpan makanan mereka dan menikmatinya pada bila-bila masa.
Pembungkusan makanan untuk pasar malam
Bagi pasar malam pula, pastinya ramai pelanggan yang memilih untuk membungkus makanan mereka. Kerana itu, pastikan makanan anda dipersembahkan dalam bentuk pembungkusan kemas yang tidak tumpah. Ini bermakna, makanan bersup perlu dimasukkan ke dalam plastik dan minuman pula ditempatkan dalam cawan plastik berpelekat.
Bekas plastik pembungkusan makanan
Untuk mi, cara terbaik adalah meletakkannya ke dalam beg plastik atau bekas yang berasingan dan simpan pula supnya di dalam bekas plastik bulat kerana bentuknya yang serupa dengan mangkuk yang sering digunakan oleh pelanggan untuk makan di restoran atau di rumah. Mi perlu diasingkan daripada supnya bagi memastikan ia tidak menyerap kuah lalu menjadikan minya lembik.
Untuk hidangan nasi, bekas plastik empat segi tepat yang bertutup rapat adalah pilihan terbaik untuk menyimpannya agar pelanggan anda boleh memakannya mengikut keselesaan mereka.
Pilihan pembungkus makanan yang mesra alam
Snek seperti kentang goreng, ayam popcorn dan kentang keju dikecualikan kerana ramai pelanggan yang berjalan sambil memakannya. Pembungkusan bagi makanan ini haruslah mudah diakses, tanpa perlu membuka atau menutup makanan tersebut.
Untuk pembungkusan jenis ini, apa kata anda pertimbangkan opsyen yang mesra alam yang tidak terlalu tinggi kosnya. Opsyen mesra alam yang sering digunakan adalah pembungkus kertas. Malah, untuk sentuhan tradisional, anda juga boleh pertimbangkan pilihan lain seperti daun opeh atau daun pisang untuk membalut snek-snek ini!
Jenamakan pembungkusan makanan anda
Selain daripada memenuhi keselesaan pengunjung, satu peranan utama pembungkusan makanan adalah penjenamaan. Ramai orang sering terfikirkan media sosial apabila berbincang topik penjenamaan. Namun, pembungkusan juga memainkan peranan yang penting. Satu pembungkus makanan yang direka bentuk dengan menarik pastinya meninggalkan kesan kepada pengunjung atau bukan pengunjung, menarik kesedaran ramai terhadap jenama anda agar pengunjung ini bakal datang di masa hadapan.
Malah, pembungkusan makanan mampu menceritakan jenama anda kepada para pengunjung, sama ada usaha kemampanan, etika atau pun sikap anda yang mengambil berat terhadap para pengunjung.
DI sini terdapat beberapa tip ringkas untuk anda mulakan usaha mengoptimumkan reka bentuk pembungkusan makanan anda:
1. Cerminkan identiti jenama anda melalui nilai murni
Ini perlu dilaksanakan dengan mengutamakan pasaran sasaran berserta identiti jenama. Adakah anda pengusaha makanan yang berfokuskan kemampanan? Pertimbangkan pilihan mesra alam. Atau mungkin anda fokus kepada pasaran kelas atasan yang mencari produk makanan yang berkualiti tinggi. Dalam hal ini, anda perlu pastikan yang pembungkusan anda mencerminkan nilai ini dengan rekaan yang nampak mewah untuk menyampaikannya mesej ini.
Menerusi pembungkusan makanan anda, pasaran sasaran mampu mengenal pasti jenama anda dengan cepat dan ini meningkatkan peluang untuk mereka tertarik dengan makanan yang anda jual.
2. Pastikan pembungkusan anda sepadan dengan makanan anda
Walau pun nampak ketara, tetapi sering kali pemilik perniagaan dan tukang masak menjadi taksub dalam proses reka bentuknya sehingga mereka lupa tentang perkara paling asas – memastikan pembungkusan makanan anda sepadan dengan makanan yang anda jual.
Fikirkan dengan mendalam keperluan khusus untuk makanan dan minuman anda contohnya adakah ia mudah retak (dalam kes biskut), sewaktu anda memilih daripada pelbagai pilihan pembungkus makanan.
3. Sikit lebih baik dalam soal reka bentuk pembungkus makanan
Dari segi penyampaian maklumat, maklumat lanjut tentang produk dan jenama lebih mudah disampaikan kepada para pengunjung jika maklumat tersebut diberitahu dalam cara yang paling mudah.
Dengan pertimbangan ini, anda hanya perlu masukkan maklumat penting tentang jenama dan produk dan minimumkan unsur-unsur reka bentuk yang tidak berapa mustahak sewaktu menyampaikan maklumat ini.
Malah, mengurangkan jumlah cetakan untuk pembungkusan makanan juga mampu membantu anda berjimat!Dengan segala tip-tip tentang pembungkusan makanan ini, buatlah pilihan yang bijak sama ada pembungkusan makanan ini untuk satu acara, pembungkusan makanan harian atau juga hantaran pembungkusan!
Kembali kepada Perniagaan Makanan 101
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian