Bagaimana Untuk Mencipta Personaliti Jenama dan Menyuntiknya Ke pada Pembungkusan Makanan Anda
Pesonakan pelanggan anda dan tingkatkan peluang agar mereka kembali lagi ke tempat anda dengan petua penting ini.
Ramai pengusaha makanan sering terlepas pandang tentang pembungkusan makanan – pembungkusan efektif mempunyai potensi untuk merangsang jualan bukan sahaja dengan segera kepada pelanggan, tetapi juga kepada pasaran keseluruhan amnya.
Tingkatkan jenama anda ke peringkat yang lebih tinggi lagi dengan mengenal pasti identiti jenama dahulu. Serlahkan perniagaan anda berbanding yang lain dengan logo dan slogan yang menarik. Sebagai contoh, katakanlah perniagaan utama anda adalah sayap ayam – anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk menggunakan elemen ini pada logo anda. Contohnya, logo anda mungkin boleh dikelilingi oleh kepak ayam, atau mungkin ada lapisan berapi sebagai visual yang sealiran dengan produk anda.
Mengenengahkan identiti jenama pada pembungkusan produk sememangnya kedengaran agak mudah, tetapi ianya bergantung pada bajet anda. Jika anda ingin melakukannya dengan kos yang minimun, membuat cap getah pun sudah memadai. Cap getah ini sesuai untuk makanan tradisional, seperti nasi lemak atau kuih-muih Melayu yang memerlukan pembungkusan pakai buang seperti pembalut kertas dan bekas.
Jika anda mahu melabur sedikit untuk produk yang lebih mahal, anda mungkin mahu menggunakan kaedah berkekalan seperti bekas plastik dengan pelekat bercetak berjenama sendiri. Kelebihan cara ini adalah bekas plastik sentiasa diguna pakai kembali, jadi jenama anda mendapat faedah pemasaran untuk jangka masa yang lebih lama.
Kembali kepada Perniagaan Makanan 101
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian