Bagaimana Menangani Aduan Keselamatan Makanan
Bagaimana mengurangkan impak negatif pada reputasi perniagaan anda semasa berlakunya wabak keracunan makanan.
Salah satu kemungkinan yang paling digeruni perniagaan makanan dan minuman adalah apabila berlakunya wabak keracunan makanan yang berkaitan dengan makanan anda. Walaupun ini amat dikesali dan tidak diingini, anda tidak mampu melayan perasaan kasihan pada diri sendiri. Kunci terletak pada betapa cepat anda memberi respon, terutamanya dalam dunia digital ini di mana publisiti yang buruk akan tersebar dengan cepat sekali di pelantar media sosial. Anda perlu mengambil langkah untuk memastikan reputasi perniagaan anda tidak terjejas dengan teruk.
Langkah 1:
Apabila menerima aduan keracunan makanan, kumpulkan semua maklumat dengan secepatnya mengenai pelanggan (nama, telefon, emel) dan butiran mengenai transaksi hidangan beliau (dengan resit, jika boleh)
Langkah 2:
Cuba dapatkan maklumat daripada pelanggan tersebut untuk membolehkan anda menarik balik makanan yang terlibat – ini dapat membantu anda memantau makanan tersebut dalam masa 24 jam. Cuba dengan seikhlasnya untuk bertanya dengan pelanggan yang terlibat. Sebagai contoh, jika pelanggan yang terlibat terasa amat tidak sihat, bawalah dia ke hospital secara sukarela, jika perlu.
Langkah 3:
Pada masa yang sama, arahkan penyelia dapur anda untuk menarik balik makanan yang terlibat, samada makanan tersebut telah dimasak, masih mentah ataupun sudah dihidangkan atau tidak. Berhentikan semua operasi untuk mengelakkan pencemaran makanan bertambah teruk.
Langkah 4:
Dengan menggunakan maklumat yang telah dikumpulkan, pantau balik dan cuba cari punca masalah tersebut – samada ia berpunca dari masa menghidang, menghias, memasak, penyediaan atau simpanan.
Langkah 5:
Tubuhkan satu pasukan pengurusan krisis dan pilih seorang jurucakap untuk menangani sebarang soalan dari orang ramai atau pihak media. Sebaiknya, jurucakap yang dipilih ini adalah seorang kakitangan yang senior, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perniagaan makanan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Langkah 6:
Cuba bersikap telus pada setiap masa, maklumkan pasukan anda dan juga pihak media dengan perkembangan terkini dan elakkan daripada mereka membuat spekulasi yang mungkin akan mendatangkan publisiti yang buruk. Sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa yang relevan atau auditor keselamatan makanan untuk mengenal pasti punca masalah ini.
Langkah 7:
Sebaik sahaja punca masalah telah diketahui, mohon maaf serta merta dengan orang ramai dan berjanji kepada mereka yang langkah-langkah yang sepatutnya telah pun diambil untuk memastikan masalah seperti ini tidak berulang lagi. Teruskan berhubungan dengan pihak kesihatan dan dapatkan nasihat mereka tentang cara untuk memperbaiki proses keselamatan makanan anda.
Langkah 8:
Teruskan melangkah ke hadapan, pertimbangkan untuk mendapatka khidmat auditor makanan untuk mengaudit tempat perniagaan anda untuk memastikan tiada lagi potensi keracunan makanan dan juga maklumkan kepada orang ramai bahawa tempat perniagaan anda adalah serius dalam keselamatan makanan.
Sudah tentunya, senario yang terbaik adalah apabila tiada sebarang kes berlaku. Untuk mencapai senario ini, setiap orang memainkan peranan dalam memastikan makanan tidak tercemar sepanjang proses pengendalian makanan.
Klik di sini untuk lebih banyak panduan tentang pengendalian makanan di setiap proses produksi makanan.
Kembali kepada KESELAMATAN MAKANAN
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian