Tip Kebersihan Diri Untuk Keselamatan di Dapur
Gunakan panduan-panduan untuk menetapkan standard kebersihan tenaga kerja dapur anda dan anda akan dapat memastikan makanan anda selamat untuk dimakan.
Kebersihan Peribadi
Kebersihan Peribadi seringkali adalah punca banyak kes keracunan makanan. Walau bagaimanapun, ia cenderung untuk tidak diberi perhatian dalam langkah keselamatan makanan. Memerhati dan memantau kebersihan tenaga kerja dapur adalah amat penting dalam mengelakkan pencemaran makanan. Mari kita mulakan dengan melihat apa yang dipakai oleh krew anda.
Pemakaian
- Pakaian Seragam – Pakai pakaian seragam yang bersih setiap hari dan hanya memakainya di tempat kerja.
- Apron – Apron penuh yang berlainan perlu dipakai di stesyen penyediaan yang berlainan (sebagai contoh: makanan laut dan sayuran)
- Sarung tangan – Sarung tangan pakai-buang yang berlainan digunakan untuk mengendalikan makanan mentah dan yang telah dimasak.
Amalan Kebersihan
Selain daripada pakaian yang betul, terdapat beberapa langkah mudah yang mempunyai impak yang besar ke atas kualiti dan kebersihan makanan anda.
Kami juga menyarankan untuk membuat pemeriksaan pada setiap pagi untuk memastikan krew anda kekal berdisplin dalam kebersihan peribadi mereka.
-
Jangan: Buat: Bersin ke dalam makanan
Pastikan kuku jari anda pendek dan bersih
Garu badan semasa memasak/menghidang
Pastikan rambut dan jambang anda bersih dan teratur – rambut yang panjang sebaiknya diikat rapi
Mengosok muka/hidung pada bahu anda
Basuh tangan selalu dan bersihkan sepenuhnya dengan sabun
Mengorek telinga menggunakan jari
Bekerja di permukaan yang bersih
Mengelap peluh dengan tangan
Menggunakan papan memotong plastik dan pisau yang berlainan untuk makanan yang telah dimasak dan yang mentah
Memakai aksesori
Datang bekerja semasa sakit
Panduan Keselamatan Di Dapur
Semasa waktu makan, keadaan mungkin menjadi agak sibuk dan perkara terakhir yang anda mahu berlaku adalah seseorang tercedera di dalam dapur. Di sini ada beberapa cara untuk mengurangkan risiko berlakunya kemalangan sebegini:
- Jangan Tergesa-gesa: Jangan tergesa-gesa atau berlarian di dalam dapur. Apabila anda perlu melayan dan menghidang kepada pelanggan anda secara teratur dan tepat pada masanya, anda pasti dapat mempercepatkan proses ini jikalau anda kekal tenang – dan ini akan mengelakkan daripada terjadinya kemalangan.
- Sentiasa perhatikan dapur: Jangan tinggal dapur tanpa pengawasan – api yang kecil mungkin merebak sehingga membakar seluruh dapur.
- Berhati-hati dengan gas: Anda juga patut mematikan gas bila tidak menggunakan dapur untuk mengelakkan sebarang kebakaran atau letupan.
- Simpan objek yang merbahaya dengan baik: Jangan tinggalkan objek yang tajam atau panas terdedah di sudut-sudut yang terdedah mahupun tersembunyi. Semasa waktu makan yang sibuk, tenaga kerja dapur mungkin tidak sedar akan bahaya objek-objek ini. Simpanlah ia di tempat yang selamat.
- Gunakan peralatan yang betul: Gunakan peralatan dan perkakas yang sesuai dengan tujuan penggunaan.
- Simpan kotak pertolongan cemas berdekatan: Sentiasa pastikan kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api di dalam jangkauan. Pastikan keduanya belum tamat tarikh luputnya.
Setiap orang ada memainkan peranan di dapur, bukan sahaja chef. Sifat prihatin dan berdisplin bukan sahaja dapat membantu mengelakkan kemalangan, malahan berkemungkinan menyelamatkan nyawa rakan sekerja.
Kembali kepada Keselamatan Makanan
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian