Cabaran Amalan Keselamatan Makanan
Mari kita lihat cabaran-cabaran keselamatan makanan yang biasa dihadapi dan tip-tip untuk menanganinya.
Keselamatan makanan adalah penting dalam memastikan perniagaan anda terus beroperasi dan maju. Namun demikian, kami memahami bahawa pasti akan adanya cabaran dalam cubaan mengamalkan keselamatan makanan. Kami telah mengenal pasti cabaran-cabaran ini dan seterusnya menyediakan beberapa tip untuk mengatasinya.
Cabaran 1: Pelaburan Masa dan Wang
Dalam usaha mencari masa dan wang untuk dilaburkan ke dalam latihan kakitangan dan membeli peralatan dapur (contohnya alat memasak yang sesuai, dsb) memang mencabar.
Penyelesaian: Walaupun ia mungkin agak mahal pada permulaannya, latihan dan peralatan yang diperlukan akan mendapatkan manfaat jangka panjang kepada perniagaan anda. Cubalah jangan berjimat sangat dengan pelaburan sebegini – perkara terakhir yang anda mahu adalah insiden keselamatan makanan yang disebabkan oleh kebersihan diri kakitangan yang kurang atau penggunaan peralatan yang salah. Ini akan mendatangkan kesan yang negatif kepada reputasi perniagaan anda, yang mungkin akan mendatangkan kerugian wang yang lebih besar.
Cabaran 2: Bahasa dan Budaya
Kakitangan anda mungkin berasal dari pelbagai kewarganegaraan dan budaya di mana terdapatnya standard yang berbeza untuk amalan pengendalian makanan.
Penyelesaian: Ia menjadi peranan ketua chef untuk merumuskan dan melaksanakan standard keselamatan makanan yang boleh diterima oleh semua dan ini termasuklah resepi yang standard untuk semua hidangan. Piawaian ini perlu disampaikan dengan jelas kepada semua kakitangan dapur melalui program latihan yang betul.
Cabaran 3: Pendidikan dan Kecelikan
Kakitangan dapur anda mungkin mempunyai tahap pendidikan yang berbeza dan mungkin tidak memahami sebab dan akibat daripada tindakan mereka.
Penyelesaian: Adakan latihan atau tulis resepi dengan cara yang paling ringkas. Sertakan lebih banyak gambar dan gunakan lebih banyak aksi untuk menunjukkan amalan keselamatan makanan yang berbeza.
Cabaran 4: Tahap Kesedaran Di Kalangan Kakitangan
Pekerja dapur anda mungkin tidak sedar sepenuhnya tentang jenis pencemaran yang boleh membiak atau terjadi kepada makanan dan cara untuk mengatasinya.
Penyelesaian: Ia merupakan tanggungjawab pekerja dapur yang lebih senior untuk memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan pembiakan mikro-organisma, dan kemudiannya berkongsi maklumat ini dengan pekerja dapur yang lain. Maklumat ini dapat dikongsikan menerusi bahan bantuan visual (FATTOM seumpamanya) bersama dengan langkah-langkah untuk menangani pembiakan mikro-organisma.
Klik di sini untuk lebih maklumat tentang model FATTOM
Cabaran 5: Pembekal
Ia adalah hampir mustahil untuk memantau samada pembekal atau pengedar produk makanan mematuhi standard keselamatan makanan yang betul.
Penyelesaian: Hanya beli daripada pembekal yang dipercayai dan mempunyai rekod yang baik. Bina hubungan dengan pembekal berdasarkan kepercayaan dan lawatlah kilang mereka dari masa ke semasa, sambil menggunakan peluang ini untuk mengenali mereka dengan lebih rapat. Cara lain termasuk mendengar berita mengenai mereka di luar sana atau menyemak keputusan audit mereka.
Cabaran 6: Pelanggan Berisiko Tinggi di Tempat Perniagaan
Lebih tinggi peluang untuk dijangkiti penyakit bawaan makanan di kalangan kanak-kanak kecil, perempuan mengandung dan warga tua.
Penyelesaian: Anggap setiap pelanggan sebagai pelanggan berisiko tinggi. Dengan itu, ia adalah penting untuk mematuhi standard keselamatan makanan pada sepanjang masa. Pemantauan yang ketat dan kerap akan memastikan kakitangan dapur untuk lebih prihatin.
Cabaran 7: Kadar pusing ganti tenaga kerja
Kadar pusing-ganti tenaga kerja adalah satu kebiasaan industri pemakanan. Ini membawa kepada kitaran yang tidak kesudahan dalam menggaji dan melatih tenaga kerja tentang keselamatan makanan.
Penyelesaian: Pertama sekali, cuba menggunakan cara yang terbaik untuk mengekalkan tenaga kerja dengan faktor-faktor intrinsik berunsurkan motivasi seperti ucapan galakan dan pujian ataupun program ganjaran untuk kakitangan yang berprestasi tinggi. Pastikan mereka sentiasa terlibat, sentiasa belajar dan membangun pada setiap masa. Tambahan lagi, anda boleh mencipta sebuah kurikulum yang standard dan efisien untuk tenaga kerja yang baru untuk maju secepat mungkin, dan berikan tanggungjawab ini kepada kakitangan yang lebih senior untuk menjalankan latihan ini.
Sekiranya anda mempunyai bajet yang kecil, sentiasa pastikan sejumlah daripada bajet tersebut diperuntukkan kepada keselamatan makanan. Terdapat pelbagai kaedah yang efisien dan rendah kos untuk mempraktikkan keselamatan makanan. Apa yang penting adalah set minda dan keingginan untuk melaksanakannya.
Kembali kepada Keselamatan Makanan
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian