Kenali Musuh Keselamatan Makanan Anda
Ketahui 3 penyakit bawaan makanan yang berpotensi membahayakan pelanggan anda
Dalam usaha melawan musuh, anda perlu kenali dan memahami mereka; prinsip ini juga diaplikasikan kepada keselamatan makanan. Terdapat 3 jenis penyakit bawaan makanan yang berpotensi untuk membahayakan pelanggan anda.
1. Jangkitan Bawaan Makanan
Mikroorganisma tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Bakteria atau virus inilah yang menyebabkan jangkitan bawaan makanan. Jangan leka dan pastikan anda memberikan perhatian kepada sumber makanan yang mungkin membahayakan.
-
Sumber Makanan Biasa
Efek Biasa
Produk tenusu yang mentah atau tidak dipasturkan, daging lembu dan ayam yang mentah atau tidak dimasak sepenuhnya
Demam panas, muntah, cirit-birit, rasa loya
Ikan dan kerang-kerangan dari perairan yang tercemar yang mentah atau tidak dimasak sepenuhnya
Muntah, cirit-birit yang cair. Koma dan kematian akibat komplikasi dalam kes-kes yang teruk.
Produk tenusu yang mentah atau tidak dipastur, sosej daging yang mentah dan telah tertapai, daging mentah atau telah dimasak, ikan mentah atau salai.
Demam panas, cirit-birit, rasa loya.
2. Kemabukan bawaan makanan
Kemabukan bawaan makanan terjadi bila seseorang termakan makanan yang mengandungi najis, bahan kotoran atau bahan cemaran yang lain. Terdapat 3 cara untuk mengesan pencemaran ini
- Rupa (perubahan warna dan berkulat)
- Bau (berbau busuk dan hapak)
- Sentuhan (daging dan makanan laut mentah yang lembik)
Sekiranya anda mengesan mana-mana yang tertera di atas, buangkan makanan yang tercemar itu serta-merta – ianya hampir mustahil untuk membersihkan makanan tersebut dengan mencuci atau dimasak.
-
Sumber Makanan Biasa
Efek Biasa
Makanan berasid rendah yang ditinkan dengan cara yang tidak betul (sebagai contoh: sayuran dan daging awet)
Rasa lemah, penglihatan berganda, muntah, loya. Kematian mungkin berlaku di dalam kes-kes yang teruk.
Nasi dan makanan berkanji lain yang telah dibiarkan pada suhu bilik untuk terlalu lama
Cirit-birit berair, muntah, loya
Dipindahkan kepada makanan menerusi tangan yang telah menyentuh hidung, telinga, mulut dan jerawat; juga menerusi air liur.
Muntah, loya, cirit-birit.
Kejang perut.
3. Jangkitan Pengantara Toksin
Ini disebabkan oleh toksin yang ada di dalam makanan tercemar. Ianya hampir mustahil untuk dikesan kerana makanan berbau dan terasa seperti yang normal dan akan hanya menyebabkan reaksi selepas dimakan.
-
Sumber Makanan Biasa
Efek Biasa
Makanan daripada sumber haiwan yang berprotein tinggi (sebagai contoh: sos daging, stu, kuah), dan susu.
Kembung perut, cirit-birit, kekejangan perut. Dehidrasi atau kematian di dalam kes-kes yang teruk.
Produk tenusu yang mentah atau tidah dipasturkan, daging lembu dan ayam yang mentah atau tidak dimasak sepenuhnya, air yang tercemar, salad dan buah-buahan yang tercemar.
Demam panas, muntah, loya, cirit-birit berdarah, kekejangan perut yang teruk. Boleh mendatangkan kematian di dalam kes-kes yang teruk.
Kembali kepada Keselamatan Makanan
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian