Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Ketahui makna FATTOM dan anda akan melangkah lebih dekat untuk memastikan makanan anda bebas daripada mikroorganisma yang merbahaya
Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan kepada pembiakan mikroorganisma yang merbahaya pada makanan. Jika kita dapat mengatasi dan menghindari faktor-faktor ini, kita akan dapat melawan musuh kita.
Banyak mikroorganisma membiak di atas makanan yang kaya dalam protein (ayam, ikan, bahan tenusu, telur) dan karbohidrat (nasi, pasta). Makanan jenis ini mempunyai kadar yang tinggi untuk terjadinya pencemaran dan mungkin mengakibatkan penyakit bawaan makanan.
Tindakan: Berikan lebih perhatian kepada kategori makanan ini.
Makanan berasid rendah (ayam, ikan, bahan tenusu, telur) dianggap mempunyai potensi merbahaya.
Tindakan: Masak makanan pada suhu yang tinggi. Semak tarikh luput. Periksa samada terdapat kesan kemek, bonjolan, kebocoran atau kesan karat pada makanan tin berasid rendah (daging lunceon, kacang panggang)
Mikroorganisma membiak dengan lebih cepat di dalam Zon Suhu Merbahaya (TDZ – Temperature Danger Zone) iaitu dari 5°C hingga 56.7°C. Kadar TDZ ini turut merangkumi suhu bilik.
Tindakan: Jangan biarkan makanan pada suhu bilik terlalu lama (sebagai contoh: nasi dan makanan berkanji). Simpan makanan pada suhu yang betul.
Selepas 4 jam, mikroorganisma pada makanan mungkin menghasilkan toksin yang akan menjadikan makanan tidak lagi selamat untuk dimakan.
Tindakan: Janganlah biarkan makanan pada suhu ZON TDZ untuk lebih daripada 4 jam.
Mikroorganisma memerlukan oksigen untuk membiak.
Tindakan: Tutup makanan sentiasa.
Mikroorganisma membiak di makanan yang mempunyai kandungi air yang tinggi (daging ayam dan lembu, ikan dan telur mentah yang segar)
Tindakan: Pastikan semua makanan ini disimpan pada suhu yang betul untuk mengurangkan kelembapan.
Dengan memahami musuh-musuh anda dan mengetahui apa yang boleh anda lakukan untuk mengindari pencemaran makanan, anda dapat memastikan makanan dan pelanggan selamat.
Klik di sini untuk tip-tip lain untuk meningkatkan tahap kebersihan makanan di dapur anda.
Kembali kepada Keselamatan Makanan
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.